Description
Ramuan: Sirap Nipah
Ingredients: Nipah Sap
Apa itu Gula Apong?
1. Sekiranya di Melaka terkenal dengan gula Melaka, Pahang dengan gula Kabung (enau), Sarawak pula terkenal dengan gula Apong@Nipah.
2. Sungguhpun manisan gula ini kelihatan hampir serupa, namun sebenarnya ia berbeza sama ada dari segi bahan yang digunakan bagi menghasilkan ketiga-tiga jenis gula ini. Rasa dan haruman antara gula Melaka, gula Kabung dan gula Apong juga ada bezanya.
3. Dari segi perbezaan bahan penghasilan, gula Melaka diperbuat daripada nira pokok kelapa, gula Kabung diperbuat daripada nira pokok Kabung, manakala gula Apong pula terhasil daripada nira pokok nipah atau dikenali sebagai pokok Apong oleh penduduk lokal di Sarawak.
4. Proses membuat gula Apong bermula dengan mengumpulkan nira pokok nipah. Selepas itu ia perlu dimasak untuk berjam-jam lamanya supaya menjadi pekat. Sepanjang tempoh itu, ia perlu dikacau tanpa henti supaya gula Apong itu tidak hangus, sehinggalah ia menjadi likat. Gula Apong yang siap akan dijual dalam bentuk cecair pekat berbanding gula Melaka dan gula Kabung yang dijual dalam bentuk ketulan.
5. Gula Apong yang likat ini biasanya akan dimasukkan dalam bungkusan plastik atau tin untuk tujuan jualan dan ia amat mudah ditemui di tamu-tamu yang terdapat di Sarawak. Ia mempunyai permintaan yang tinggi sebab banyak digunakan dalam penyediaan makanan dan minuman.
6. Manisan gula Apong banyak digunakan dalam pembikinan kuih. Antara kuih yang mesti menggunakan gula ini adalah kuih penyaram (atau dikenali sebagai pinjaram di Sabah) yang sememangnya digemari oleh orang Sarawak dan Sabah. Tanpa manisan dan haruman gula Apong, ia hanya sekadar cucur biasa.
7. Selain penyaram, manisan gula ini juga banyak digunakan dalam penyediaan kuih beras pulut, selorot, rojak, rempah BBQ dan lain-lain.
8. Selain kuih, manisan gula Apong turut digunakan dalam penyediaan cendol, Teh C Special dan ais krim dan ais blended. Sekiranya anda suka travel dan pernah ke Kuching, Sarawak maka Ais Krim Gula Apong adalah hidangan mesti dalam trip anda ke sana dan kami menyediakan gula apong dalam bungkusan yang sesuai untuk anda bawa balik ke tempat anda.
Reviews
There are no reviews yet.